Friday, February 18, 2011

Engkau dan kekasihmu

Oh saksikan
Dari dalam lubang kejahanaman
Aku bersama jeritan-jeritan
Terpasung di kaki dan tangan
Terbatas kiri dan kanan
Jauh dan terus kehilangan
Sesak dan kabur aku dalam tangisan
Aku bersama jeritan-jeritan
Dari dalam lubang kejahanaman

Engkau dan kekasihmu
Cintaku pada kamu sudah silam
Ketika waktu sebelum waktu
Ketika apa sudah yang terpetik, masih padam
Aku yang gilakan kasih sayang kamu, gilakan perhatian kamu
Setiap kisahmu, segala apa yang kamu, aku selam
Gagahi segala kudrat,
Perah segala keringat,
Alpa terhadap penat,
Kejar, kejar, kejar, kejar agar dapat,
Apa yang aku dapat?
 
Engkau dan kekasihmu
Bisa buat aku sungkur
Dan hati menggelupur
Aku yang benci,
Aku yang dengki,
Kerana aku yang rugi,
Kerana aku meluat,
Cintaku yang berkulat, kasih yang dahulunya hebat
Yang kini sudah berulat
Aku biarkan sahaja tanpa sekat

Aku dan kembaraku
Memenangi cinta yang dahulu
Dari dalam lubang kejahanaman
Bersama darah dan nanah dan kumbahan
Aku yang sampah
Aku yang disumpah
Aku yang keji, yang busuk, yang keparat, aku yang rebah, aku sudah kebah.....
Biarlah tulang patah, biarlah isi tersiat, jiwa biar sahaja lesu
Aku dan kembaraku
Memenangi cinta yang dahulu

Engkau dan kekasihmu
Aku yang bernanah, berdarah dan berkulat
Masihkah sujudku berharga?
Aku yang bernanah, berdarah dan berkulat
Masihkah doaku engkau angkat?
Aku yang bernanah, berdarah dan berkulat
Masihkan taubat ini engkau terima?
Aku yang bernanah, berdarah dan berkulat
Masihkan engkau angkat martabat?
 
Aku yang mencari markam
Di sisi engkau dan kekasihmu.












1 comment: