Tuesday, November 30, 2010

Janggal

         Pagi hari itu aku bangun awal sikit. Pandang kiri kanan, bilik ini nampak familiar tapi yang pasti aku terjaga bukan dalam bilik aku. Aku pandang atas bawah.... alarm clock hujung katil. Nampak jenama seakan mahal. Pukul 1045 pagi. "Ni bukan sikit punya awal," bisik aku. Terasa tekak amat kering sekali.

Lain benar rasa pagi ini Bilik ni macam bertambah luas. Aku terus bangun. Aku perasaan yang bilik ini sudah ada kejanggalannya.... bagi aku. Seolah-olah tidak berpenghuni. Amat kemas sekali. Tidak macam biasa, lain daripada lawatan-lawatan aku selama ni. Yang berselerak cuma baju dan seluar yang aku pakai semalam. Aku kutip pakaian dan bersiap. Ada palitan kicap kat baju biru aku. Bila masa kena kicap aku pun dah lupa.

Keluar dari bilik aku dah nampak Jun sedang menghirup kopi. Bau kopi mencucuk hidup. Agaknya mahu membuang sisa-sisa dari semalam yang tidak pernah jadi masalah bagi aku. Tapi aku nampak kopinya bukan dalam mug besar kegemarannya. Pagi itu kopi Jun dalam mug yang aku tak pernah nampak sebelum ini. Tapi dari bau kopi aku pasti dia sedang minum kopi kebiasaannya.

Jun jeling aku dari hujung matanya. Cepat-cepat dia hirup kopinya. Aku perlahan-lahan menghampiri Jun. Matanya tertumpu pada tv di depan, tapi tidak terpasang. Sedar akan kelakuan bodohnya itu, Jun cepat-cepat alihkan pandangan. Jarinya bermain-main dengan suduh teh dalam mug yang aku sendiri sangsi akan asal-usulnya. Aku endah tak endah. Aku masih berdiri di hadapan Jun, buat-buat menguap.

Seakan-akan terpaksa, dia hirup kopi sekali lagi. Kali ini agak lama. Aku masih diam.

"Lepas ni awak tak payahlah datang lagi," katanya. Sambil menghirup kopi. Matanya tertumpu pada kopi dalam mug. Tanpa memandang aku.

"Henset saya kat mane ek...?," aku bertanya dengan cepat. Dengan isyarat anak mata sahaja Jun tunjuk yang henset aku di sebelh tv. Aku angkat tangan kanan tanda faham. Sebenarnya aku sudah tahu kat mana letaknya henset ni.

Aku bukak pintu, pakai kasut dan keluar selamba. Silau kena cahaya matahari, aku gosok mata sekaligus buang tahik mata. Seluk poket dan keluarkan kotak rokok. Rokok winston... kegemaran semasa hujung bulan. Cek-cek... kotak rokok kosong.

Aku keluarkan henset. Cari nama Barb. "Wey tolong datang amik aku sekarang. Aku takde ride lah beb".

Sunday, November 28, 2010

Aku rasa akulah makhluk paling trendy kat bumi ni

Bak kate Tom @ KOF ,"Trend do...".
"Tu sume kerja-kerja golongan fasis," ujar aku berpandukan ilmu yang penuh di dada.
.
.
.
2-3 hari pastu, tiba-tiba aku dengan magik-nya ade blog.
Ahhh akhirnya usaha aku untuk mempertahankan akidah selama ini nyata gagal. Golongan-golongan fasis nampaknya enggan membiarkan aku sendiri. Kata mereka ,"Kamu adalah The Chosen One untuk golongan kami yang keji lagi basi ni. Sudah takdir... nak buat cane lagi." Aku pura-pura pasrah, tapi plot-plot sinister semakin berbunga.

"Cantik...," ujar Tom. "Boleh Gua sambung projek...."