Friday, June 17, 2011

Cerita Kedai Kopi 2

Hujung bulan, perut kosong, lapar pedal, makanan di dapur rumah anda langsung tiada, berkira-kira nak makan luar.... namun tiada beruang jua... MARA buat palat!!!

Mulut basah, tangan dah menggelepar...... lama tidak berasap.... , berkira-kira nak ke CS beli camel/ gudang/ goldflake....  namun tiada beruang jua... MARA buat palat!!!

Anda pernah mengalami masalah di atas? Jangan risau, tiap kerumitan itu ada penyelesaian.... anda hanya perlu.... MENARI!!


TAGLINE:  This month my uncle from Kerla come.  
                          

Anda masih ragu-ragu? Nah trailler tayar 16.



Masih lagi was- was?  Amik ni...testimoni dari mereka yang sudah mencuba.

Tom aka No 15: Gua sudah daftar.... lu orang bila lagi?

Paden aka aizu: Bassserrr.... why chicken so small?

Manap aka Abdul Manaf: If 5 minutes not come... I cancel lah.

Paramesh aka Si kasut baru : Lime pinish!!!



Masih ragu-ragu? Hah... berlapar lah sampai mampos.




Nantikan sekuel -       Ballet with Paden : Jimbo's Revenge.

Thursday, June 2, 2011

My Rant on Ilmu part 2


Hek3, boleh pulak gua tiba-tiba nak sambung rant gua dalam bab-bal ilmu ni. Ni gua nak kasi disclaimer sikit, walaupun gua nak tulis pasal ilmu, tapi ilmu yang gua miliki secara muktamadnya amat cetek sekali. Sampai bila pun gua rasa ilmu gua akan tetap cetek, tak padanlah nak compare gua dengan ahli-ahli fikir, tapi dengan ikhlasnya gua amat gembira kalau kena compare dengan mereka-mereka, hak hak hak. Part 1 itu pun gua perasan penulisan gua amat lemah, isi entah ke mana, gaya tak payah cakaplah. Gua baca balik tiba-tiba gua rasa meluat, lepas tu ada pulak hati gua nak sambung Part 2. Tapi memandangkan gua tengah bosan nak mati ini, dengan segala apa yang poyo, gua nak sambung. Apa yang gua cakap ini boleh dikira one-sided and self-absorbed sifatnya. So ladies and gentlemen, please indulge me, at least let me indulge myself. Gua mengaku, penelitian gua terhadap isu-isu yang gua cakap ini lemah sangat. Ayat-ayat pun gua mengaku memang tidak ikhlas hahahaha.

Bila gua baca balik tulisan-tulisan gua, gua guna perspektif orang ke-3. Jadi gua perasan apa objektif sebenar gua tulis rant tu banyak yang tidak sampai. Lebih kepada syok sendiri sahaja. Jadi sini gua hendak cakap terang-terang apa yang gua cuba kupas adalah sifat dan perilaku masyarakat terhadap ilmu yang ada, kepenggunaan ilmu oleh masyarakat dan sistem nilai individu-individu yang jadi ahli masyarakat. Seorang itu sebenarnya adalah secara sedar atau tidak sedarnya adalah refleksi secara terus kepada sistem nilai @ value system individu tersebut. Gua tidak pandai tulis ayat yang kompak dan meaningful kerana gua bukan seorang penulis yang baik tapi gua yakin lu semua sudah sedia maklum faham apa yang gua cuba nak sampaikan. Balik pada sistem nilai, apa yang membentuk sistem nilai seseorang? Ia datang dari ilmu yang ditimba, pengalaman yang diperolehi yang diolah, diperkembangkan dan diperhalusi sendiri oleh individu tersebut. Jadi sistem nilai sehalus-halusnya amat unik dan berbeza pada setiap individu. Jadi siapakah tuan punya dan apakah sistem nilai terbaik yang boleh diguna pakai memandangkan sistem nilai tersebut jumlahnya sebanyak umat manusia? Pada pandangan gua, sistem nilai yang terbaik adalah yang selari dan diikat kemas pada ad-Din Islam. Ngeh-ngeh-ngeh, sekarang baru lu orang semua faham apa gua nak tulis.

Gua bukan nak berceramah agama memandangkan secetek-cetek ilmu gua, gua paling bodoh bab ilmu agama. Hendak kata gua muslim contoh jauh sekali dan gua amat banyak buat dosa. Tapi gua bukan seorang yang membenci agama gua. Gua tidak justify akan dosa yang seringkali gua buat. Gua bukan seorang yang punyai kelulusan nak menulis bab agama. Senang cerita gua hipokrit. Hidup dalam dilemma. Do not hate the sinners, hate the sins, yet it awfully difficult to separate those two. So the question is: do I hate myself? From a certain level of self-consciousness, I really do but I'm also a dangerously arrogant, narcissistic SOB.


Sambung dari part 1, dari pemerhatian gua, sekarang ada trend baru yang tengah menaik dengan amat pesat. Trendnya adalah: "Agama adalah hak milik individu. Hubungan gua dengan tuhan gua, itu privacy gua. Gua tidak perlu amalan-amalan lu orang semua, gua tidak perlu menunjuk pada publik hubungan gua dengan tuhan. Jadi secara zahirnya, gua bebas buat dosa suka hati gua kerana secara batin, gua amat rapat dengan tuhan, sekian." Ini secara ekstrim lah gua tulis. Ramai yang tidak esktrimis seperti apa yang gua tulis kat atas. Tapi secara senang cerita begitulah sifat mereka. Jadi pada golongan ini, mereka cukup dengan mengucap lepas itu hal hukum-hakam belakang cerita. Golongan ini adalah mereka yang tidak boleh ditegur dengan hujah-hujah agama kerana mereka ada pandangan dan cara mereka sendiri. Janganlah dibaca ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis kepada mereka. Tetapi Islam amat memberi perhatian yang halus kepada hubungan manusia dengan pencipta. Ada tatacara dan amalan-amalan tertentu yang perlu dijaga rapi dan dipraktikkan secara berterusan. Rasulullah sendiri pun sembahyang dan berzikir, bahkan bertaubat lebih daripada umat baginda. Semakin rapat manusia dengan tuhan, semakin jauh mereka dari dosa. Sekecil-kecil dosa mampu menjauhkan hati manusia dari tuhan. So, those who claim to have private chat with God but still have their way with sins, what god they're talking to is beyond me. Tidak kurang yang membenci agama Islam. Ironi atau paradox? Lu fikirlah sendiri. Kejap, biar gua betulkan ayat gua. Mereka adalah yang mengaku muslim tetapi tidak mahu menerima Islam yang diajar oleh ustaz-ustaz dan alim ulama. Kolot dan ketinggalan zaman. Mereka adalah bijak pandai yang 'mendefinasikan' Islam mengikut akal masing-masing.

Golongan di atas, pada pandangan gua, secara seratus peratus menolak Islam tetapi malu hendak mengaku. Kepada mereka Islam adalah batu penghalang kepada gaya hidup yang amat mereka cintai. Dilabel sebagai kufur dan munafik akan menyusahkan hidup mereka. Jadi apa yang mereka buat adalah membenarkan amalan keji mereka dengan pelbagai alasan yang indah-indah namun twisted. Dengan senangnya mereka melabel ajaran Islam yang diajar dari kecil itu sudah diputar belit oleh pihak yang berkepentingan dan sudah dicabul ketulinannya. They make their own justification and proudly live their sinful life.

Lu orang sendiri tahu yang secara praktikal, Islam menyuruh penganutnya melakukan dua pekara. Amar makruf dan nahi mungkar. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah amar makruf dan amar mungkar. Sembahyang lima waktu cukup, puasa sebulan cukup, tambah lagi puasa enam, zakat sudah bayar, sedekah sudah beribu ringgit, buat haji sudah berkali-kali tapi meninggalkan mungkar cukup sukar. Kita sekarang berpandangan sudah cukup dengan amalan wajib dan sunat yang kita buat, InsyaAllah tuhan akan mengampunkan dosa-dosa yang bakal dan sedang kita buat. Pemikiran qadariah begini mampu membenamkan kita ke neraka. Amal yang diterima tuhan adalah yang menjauhkan diri kita daripada dosa. Jadi sekiranya kita masih kelabu dengan amar makruf nahi mungkar, sebenarnya kita dalam kegelapan yang dalam. We like to think that despite all the sins we'd committed we're still in God Almighty's grace.

Walaupun kita kebanyakan sedar di mana silap kita, tetapi masih ada yang bongkak dan masih berterusan dengan pemikiran qadariah begini. "Gua dah semayang puasa apa semua, lu orang tak payah lah nak sibuk dengan hidup gua. Sekarang gua nak terima rasuah RM50, sepuluh gua sedekah kat masjid. Pasni gua taubat balik, nanti tuhan ampunkan dosa gua" Ini adalah motto golongan bongkak tersebut.

Tengok, sekarang gua dah melalut kelaut dah. Ini yang gua tak gemar ni. Sekian....
























Saturday, May 28, 2011

Janggal 3 - Status Quo


"Kau tau tak yang kita hidup kat dunia ni sebenarnya tak selamat, ada ancaman dari luar yang kita tak tahu," tiba-tiba ayat tu terpancut dari mulut Atok. Seraya jugak air teh kosong nak terpancut dari mulut aku. Nasib baik aku sempat kontrol kemas-kemas. Aku kuatkan otot rahang tutup mulut kuat-kuat. Namun lubang hidung aku dapat rasa sikit air teh kosong tadi. Pastu aku telan slow-slow. Rasa perit sikit kat tekak. Muka Atok masih serius, menggambarkan keseriusannya dalam ayat tadi. Aku tenung muka dia lama-lama. Atok sambung lagi "Diorang dah lama plan nak kuasai hidup kita. Plan diorang pun dah lama berjalan. Dalam tak sedar, kita hidup ni semua dalam plan diorang, sejak zaman dahulu lagi." Nasib baik masa ni mulut aku kosong. Kalau tak memang tepat semburan kena muka Atok. Aku sudah tidak tahan lagi. Aku gelak besar, sebesar-besarnya. Muka Atok masih lagi serius.

"Habis tu, kenapa tiap-tiap hari aku rasa selamat je. Tak rasa kena kontrol pun?" aku tanya, sambil buat muka serius yang sebenarnya aku tengah tahan gelak. "Tak ada pun dalam berita tv ke surat khabar ke pasal ancaman yang kau cakap ni Tok." Atok garu-garu bahagian belakang telinga sebelah kanan. " Kalau kau nak tahu, hidup kita sekarang ni hanya berputar dalam kitaran yang amat halus sekali. Kitaran itu berputar pada titik optimum yang amat terhad. Seluruh dunia bagaikan terletak pada titik itu yang amat kecil dan boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja." Aiseh, Atok dah mula pakai ayat-ayat yang pelik. Ini aku amat tidak gemar sekali. "Kau cakap bahasa yang aku faham boleh tak Tok?" pinta aku ikhlas. Atok senyum.

"Walaupun rancangan jahat diorang dah lama jalan, tapi tidak semuanya menjadi. Setiap kali akan ada satu tindak balas yang akan meneutralkan rancangan diorang. Paling tidak pun akan meminumkan kesan jahat rancangan tersebut. Tapi setiap kali benda ni berlaku, kesan dari tindak balas tu, titik keseimbangan dunia semakin mengecil," jelas Atok panjang. "Jadi sebenarnya kita ni hidup dalam status qou lah ye?" aku tanya Atok. "Hahaha," Atok gelak kecil. "Tidak semudah itu." Aku diam sahaja. Atok sangat bijak, susah nak menyangkal perkataan yang ditutur Atok. Thesis terbarunya mengenai penghijrahan manusia pertama ke Archipelago Melayu menjadi pendebatan hangat sejak dua tahun lepas. Dia juga berjaya mencipta proses tanaman padi sebanyak 7 kali setahun, sekaligus mengalahkan petani-petani di Thailand. Spesis beras terbaru hasil kajian Atok terbukti mampu menghasilkan kalori yang lebih berkualiti dari sebarang jenis tanaman lain.

"Oit, kalau kau tak nak air teh tu, bak sini sikit." Aku hulurkan gelas air teh aku kat Atok. Lepas Atok rasa seteguk, " Lahanat apa minum air teh takde gula. Nasib baik aku tak muntah," maki Atok. Aku sengih-sengih," Kencing manis bai."

Itu cerita lima tahun lepas.

Sekarang aku dalam kereta Barb hendak ke majlis kahwin Tom. Dekat hotel mana entah aku pun sudah lupa. Last sekali aku jumpa Atok dua minggu lepas. Kat rumah dia. Atok sekarang ahli fikir dunia yang amat penting. Kerja dengan UN, kejap-kejap sahaja dia balik Malaysia. Kalau aku ada peluang aku pergi jumpa Atok. Dua minggu lepas, Atok masih bujang. Baru sahaja balik dari Botswana katanya. Batang tubuhnya jelas menunjukkan hidup yang tidak terurus. Rambut masih panjang namun sudah seratus peratus beruban. Lepas salam dan bertanya khabar semua, Atok buka cerita, " Kau ingat lagi tak pasal ancaman dunia yang aku bagitau dulu?." Aku angguk kepala, mana mungkin aku lupa. " Sekarang plan diorang sudah hampir berjaya. Segala tentangan dari tindak balas dunia sudah diorang atasi. Keadaan seimbang yang aku cakap dahulu sikit masa lagi akan musnah. Hidup kita semua akan musnah!." kata Atok.  Wajah Atok menggambarkan ketakutan yang dalam sekali. Dia pantas mengeluarkan fail-fail yang menunjukkan kajiannya mengenai 'ancaman' tersebut. Satu patah pun aku tidak faham. "Tiada siapa yang boleh selamatkan kita, kau tahu tak?," Atok separuh menjerit.

Aku hanya mampu memerhati. Atok tidak habis-habis menunjukkan kerta-kertas bertulisan tangan, gambar rajah dan fotograf. Aku hanya pura-pura mengangguk. Atok makin tidak keruan. Apa yang dicakapnya aku sudah tidak mampu nak faham lagi. Lama aku tunggu, Atok bertenang dan duduk di meja belajarnya sambil mengurut dahi sendiri. "Hancur, semua hancur," katanya tanpa henti. Aku bangun dari kerusi," Aku datang ni bagitau kau yang Tom nak kahwin lagi dua minggu. Ni kad jemputan kau." Aku mengeluarkan kad jemputan kahwin Tom dari poket, aku hulur kat Atok. Atok tidak peduli. Perlahan-lahan aku letak kad tersebut atas meja. "Dua minggu lagi, kau dengar tak Atok?" aku bertanya sambil melangkag ke pintu, mahu beransur. Atok mengangguk perlahan.

Betul juga kata Atok. Kita hidup dalam satu status quo yang amat delicate sekali. Untuk memperolehi sesuatu, ada sesuatu yang kita korban kan. Status quo kita semakin lama semakin genting. Adakah Atok punyai masa untuk hadir ke majlis Tom aku pun tidak tahu. Kalau ada masa dan peluang sekali pun, Atok akan datang bersama status quonya, yang aku sendiri tertanya-tanya macam manakah keadaaan kedua-duanya.


VERSI dari Atok dan status quo-nya:
http://fucktard-community.blogspot.com/2011/05/hikayat-tswana.html

Friday, February 25, 2011

My rant on bola


Kali ini gua nak tulis entri yang agak peribadi sikit. Gua nak tulis pasal bola atau nama penuhnya bola sepak. Jadi mula-mula sikit gua bangkit asal. Gua orang Kelantan. Bukan orang asal Kelantan tapi gua memang orang Kelantan. Tengok nama penuh gua pun lu orang dah tahu gua orang Kelantan. Lebih tepat orang Kota Bharu. Mak gua orang KB, bapak gua pun orang KB jugak. Rumah gua pun letaknya di KB. Datuk nenek gua pun orang Kelantan jugak. Tapi ada seorang moyang gua yang nama Raja Sulaiman tu orang Perak. Tapi bapak gua cakap dia keturunan orang Kelantan yang lari ke Perak pasal pada tahun 1883, gunung merapi Krakatoa meletup kat Indonesia sana. Punya lah dasyat dia meletup, dia punya silau boleh sampai ke semenanjung Tanah Melayu. Jadi nenek moyang gua ingat masa tu dunia dah nak kiamat. Jadi ramai kerabat-kerabat diraja masa itu amik kesempatan naik bot lari dari malapetaka. Tapi sampai Perak je. Yang tu gua tak berani komen. Gua nak cakap gua orang Kelantan tulen dan gunung merapi Krakatoa tu ada main peranan dalam kewujudan gua atas muka bumi ini.

Bila buat persamaan Kelantan + Bolasepak maka kita akan dapat hasil iaitu penyokong bolasepak Kelantan. Tapi persamaan tu tidak seimbang lagi. Kena tambah beberapa unsur baru seimbang. Biasanya orang akan letak mercun dan jugak keganasan penyokong bolasepak Kelantan. Yang boleh tahan popular pula, baling botol, bakar van polis, player kasi flying kick kat refree dan sebagaiya.Yang tu gua tak salahkan siapa-siapa. Gua akui yang unsur-unsur tu semua benar. Tidak tipu punya. Jadi dengan sedikit bantuan daripada media Malaysia yang sememangnya ada busuk hati kat negeri gua, orang-orang kebanyakan kat Malaysia terus pandang serong pada bolasepak Kelantan. Yang ini pun gua tak salahkan siapa-siapa. Dah memang betul cerita yang depa kasi. Gua telan lah walaupun pahit, perghhh. Tapi gua tidak malu dan tidak akan minta maaf kat sesiapa pasal benda-benda tu. Gua bangga dengan identiti gua sebagai orang Kelantan dan penyokong bolasepak negeri gua.

Bila timbul kes mercun masa perlawanan bolasepak Kelantan, ramailah yang akan kasi idea bernas. Yang paling popular gua dengar ialah, "Lu tengok supporter team-team BPL kat England sana. Mana ada baling mercun." Chait. Pastu lu tak tengok pulak supporter team-team Serie-A. Rilek-rilek je bakar flare dengan pasang mercun dalam stadium. Setahu gua team Serie-A lagi paling banyak menang piala Juara-juara Eropah. Gua ingat lagi masa Juventus menang scudeto kali ke-29, bawah kelolaan Don Fabio Capello. Sebaik sahaja referee tiup wisel penamat, terus penyokong lari masuk ke padang. Separuh bogel Patrick Vieira pasal kena tarik jersey beb. Lu pernah tengok stadium San Siro? Berapa tinggi dia punya pagar kat kawasan penyokong? Gua rasalah, penyokong-penyokong pasukan liga Malaysia yang lain dengki pasal lu orang tidak ada bekalan mercun yang terus menerus macam kita orang. Ini semua pasal kilang mercun kat Sungai Buloh terbakar pada 1992 kalau tak salah gua. Kemalangan paling kejam yang pernah gua tengok kat Malaysia. Kelantan pula dapat bekalan mercun dari negara jiran, tak putus beb.

Kes paling terbaru ialah penyokong T-team yang luka-luka kat kepala pasal kena baling batu dengan penyokong Kelantan. Kesian jugak gua tengok. Apa-apa pun gua nak wakilkan penyokong Kelantan yang lain mintak maaf banyak-banyak. Tapi gua yakin mesti ada penyokong Terengganu yang baling batu kat kita orang jugak. Nasib baik kita orang la tak ada batu yang landing kat kepala macam mangsa tu. Lu orang nak cakap apa. Orang Terengganu pun bengis jugak. Dah negeri sebelah-sebelah. Bercakap pun pakai nahu yang sama. Ejaan sahaja yang lain. Tapi nasib lah. Kalau tangan tu maja, gua tidak boleh cakap. Dua tiga tahun lepas kes baling botol plastik. Penyokong Terengganu jugak yang malang. Orang Kelantan terlepas tanpa kecederaan. Terus Harin Metro chop kita orang 'Penyokong Setan'. Haih... media-media.

Ni gua nak tulis pasal kes bakar van polis. Paling syok gua rasa. Sebenarnya gua pergi tengok kat stadium perlawanan Kelantan lawan Negeri Sembilan tu. Tapi gua tak sempat nak tengok van polis terbakar. Gua keluar awal. Seingat gua, gua double-park kereta seorang hamba Allah. Jadi habis je match gua cepat-cepat blah dengan member gua. Pekena roti canai banjir kat depan USM. Jauh jugak dari stadium tapi tu belakang kira. Balik ke topik van polis. Kalau lu orang baca surat khabar ke tengok berita ke pasal bakar van polis mesti lu orang dah brand kitaorang macam-macam. Tapi lu orang tahu ke tidak yang van polis tu van dari era penjajah Jepun lagi? Uzur tunggu nak timbang kat kedai besi karat je. Media pula tidak habis-habis nak cerita pasal orang Kelantan tidak tahu menghormati undang-undang. Tapi diaorang tak cerita pulak yang sebelum bakar van tu ada seorang polis yang memukul budak kecik kat situ sebab salah faham. Mana orang ramai tak terbakar. Mana van polis tak terbakar? Pastu dok cerita lagi pasal lepas perlawanan tu, penjaga gol Kelantan, Halim Napi kasi flying kick kat Dzaquan Adha. Tapi tak cerita pulak yang masa match mamat kembar tu gi provoke kitaorang, siap siap depa-depa tangan ke arah penyokong Kelantan lagi. Sportmanship dari seorang pemain kebangsaan.

Sejarah hitam dalam bolasepak Malaysia lagi lagi bolasepak Kelantan apabila salah seorang daripada kitaorang terbunuh selepas menyaksikan perlawanan suku akhir di stadium Shah Alam. Salah satu versi yang gua dapat adalah arwah Che Karma tersilap keluar melalui pintu yang dikhaskan oleh penyokong tuan rumah. Tup-tup ..... innalillah. Tapi penyokong Kelantan jugak yang kena bom dengan media. This is ludicrous!! Salah seorang daripada kami yang terkorban tapi kami jugak yang dipersalahkan. Otak letak kat mana? Tidak ada pun wakil daripada pasukan tuan rumah yang meminta maaf. Yang sebelum itu dok hebah-hebah nak bawak 3 biji bas ke Stadium Sultan Muhammad Keempat, tapi selepas kes tu, terus cancel trip. Tak ade telur ke apa? Media tanpa simpati kat keluarga si mati terus menerus membantai penyokong Kelantan. Pihak-pihak yang tidak terlibat buat-buat tidak nampak sahaja. Tidak kurang orang Selangor yang seolah-olah bangga dengan kemalangan tersebut.

Yang berkokok dok condemn penyokong Kelantan ganas, tidak bertamadun tu ibara anjing menyalak bukit je gua rasa. Tidak ada seorang pun yang setia menjejakkan kaki ke stadium menyokong pasukan sendiri. Mereka lebih suka menyokong pasukan dari eropah melalui TV sahaja. Yang tidak pernah merasa parking kereta setengah batu dari stadium selepas itu menghayun kaki sendiri demi menyokong pasukan masing-masing. Yang lebih suka mengagungkan pasukan barat daripada negara sendiri. Tiada identiti. Tidak pernah rasa suasana di stadium melihat pemain-pemain bermain separuh mati. Hendak cakap pasal pengalaman gua sendiri, gua pernah beli 22 keping tiket match Selangor vs Kelantan kat stadium Shah Alam. Gua bukan ulat, tapi kawan-kawan gua ngan adik gua yang pesan. Dalam 22 tiket tu, 20 keping tiket penyokong Kelantan yang pesan. Iba bawak kereta dekat satu jam walaupun rumah gua kat seksyen U8 pastu stadium tu kat seksyen 13. Masuk-masuk stadium dah dekat 30minit match jalan. Seat-seat stadium dah bertaburan kat balapan tepi padang. Penyokong Selangor sendiri yang cabut pastu baling. Penyokong Kelantan mana pernah jumpa seat plastik, seat batu adalah. Tapi surat khabar esoknya dok cerita yang penyokong Kelantan yang cabut dan baling seat. Kalau tak percaya, tanya Barb.

Gua bukan hendak sokong perangai ganas penyokong-penyokong Kelantan. Ini cuma satu perspektif. Dari gua. Tuan Guru Nik Aziz dah berkali kali pesan kat kitaorang, suruh jaga kelakuan di negeri orang. Bukan kitaorang tidak jaga tatatertib. Tapi dalam pepatah Kelantan ada sebut, "Rima tido jange dok gerok", ye dok?

Friday, February 18, 2011

Engkau dan kekasihmu

Oh saksikan
Dari dalam lubang kejahanaman
Aku bersama jeritan-jeritan
Terpasung di kaki dan tangan
Terbatas kiri dan kanan
Jauh dan terus kehilangan
Sesak dan kabur aku dalam tangisan
Aku bersama jeritan-jeritan
Dari dalam lubang kejahanaman

Engkau dan kekasihmu
Cintaku pada kamu sudah silam
Ketika waktu sebelum waktu
Ketika apa sudah yang terpetik, masih padam
Aku yang gilakan kasih sayang kamu, gilakan perhatian kamu
Setiap kisahmu, segala apa yang kamu, aku selam
Gagahi segala kudrat,
Perah segala keringat,
Alpa terhadap penat,
Kejar, kejar, kejar, kejar agar dapat,
Apa yang aku dapat?
 
Engkau dan kekasihmu
Bisa buat aku sungkur
Dan hati menggelupur
Aku yang benci,
Aku yang dengki,
Kerana aku yang rugi,
Kerana aku meluat,
Cintaku yang berkulat, kasih yang dahulunya hebat
Yang kini sudah berulat
Aku biarkan sahaja tanpa sekat

Aku dan kembaraku
Memenangi cinta yang dahulu
Dari dalam lubang kejahanaman
Bersama darah dan nanah dan kumbahan
Aku yang sampah
Aku yang disumpah
Aku yang keji, yang busuk, yang keparat, aku yang rebah, aku sudah kebah.....
Biarlah tulang patah, biarlah isi tersiat, jiwa biar sahaja lesu
Aku dan kembaraku
Memenangi cinta yang dahulu

Engkau dan kekasihmu
Aku yang bernanah, berdarah dan berkulat
Masihkah sujudku berharga?
Aku yang bernanah, berdarah dan berkulat
Masihkah doaku engkau angkat?
Aku yang bernanah, berdarah dan berkulat
Masihkan taubat ini engkau terima?
Aku yang bernanah, berdarah dan berkulat
Masihkan engkau angkat martabat?
 
Aku yang mencari markam
Di sisi engkau dan kekasihmu.