"Kau tau tak yang kita hidup kat dunia ni sebenarnya tak selamat, ada ancaman dari luar yang kita tak tahu," tiba-tiba ayat tu terpancut dari mulut Atok. Seraya jugak air teh kosong nak terpancut dari mulut aku. Nasib baik aku sempat kontrol kemas-kemas. Aku kuatkan otot rahang tutup mulut kuat-kuat. Namun lubang hidung aku dapat rasa sikit air teh kosong tadi. Pastu aku telan slow-slow. Rasa perit sikit kat tekak. Muka Atok masih serius, menggambarkan keseriusannya dalam ayat tadi. Aku tenung muka dia lama-lama. Atok sambung lagi "Diorang dah lama plan nak kuasai hidup kita. Plan diorang pun dah lama berjalan. Dalam tak sedar, kita hidup ni semua dalam plan diorang, sejak zaman dahulu lagi." Nasib baik masa ni mulut aku kosong. Kalau tak memang tepat semburan kena muka Atok. Aku sudah tidak tahan lagi. Aku gelak besar, sebesar-besarnya. Muka Atok masih lagi serius.
"Habis tu, kenapa tiap-tiap hari aku rasa selamat je. Tak rasa kena kontrol pun?" aku tanya, sambil buat muka serius yang sebenarnya aku tengah tahan gelak. "Tak ada pun dalam berita tv ke surat khabar ke pasal ancaman yang kau cakap ni Tok." Atok garu-garu bahagian belakang telinga sebelah kanan. " Kalau kau nak tahu, hidup kita sekarang ni hanya berputar dalam kitaran yang amat halus sekali. Kitaran itu berputar pada titik optimum yang amat terhad. Seluruh dunia bagaikan terletak pada titik itu yang amat kecil dan boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja." Aiseh, Atok dah mula pakai ayat-ayat yang pelik. Ini aku amat tidak gemar sekali. "Kau cakap bahasa yang aku faham boleh tak Tok?" pinta aku ikhlas. Atok senyum.
"Walaupun rancangan jahat diorang dah lama jalan, tapi tidak semuanya menjadi. Setiap kali akan ada satu tindak balas yang akan meneutralkan rancangan diorang. Paling tidak pun akan meminumkan kesan jahat rancangan tersebut. Tapi setiap kali benda ni berlaku, kesan dari tindak balas tu, titik keseimbangan dunia semakin mengecil," jelas Atok panjang. "Jadi sebenarnya kita ni hidup dalam status qou lah ye?" aku tanya Atok. "Hahaha," Atok gelak kecil. "Tidak semudah itu." Aku diam sahaja. Atok sangat bijak, susah nak menyangkal perkataan yang ditutur Atok. Thesis terbarunya mengenai penghijrahan manusia pertama ke Archipelago Melayu menjadi pendebatan hangat sejak dua tahun lepas. Dia juga berjaya mencipta proses tanaman padi sebanyak 7 kali setahun, sekaligus mengalahkan petani-petani di Thailand. Spesis beras terbaru hasil kajian Atok terbukti mampu menghasilkan kalori yang lebih berkualiti dari sebarang jenis tanaman lain.
"Oit, kalau kau tak nak air teh tu, bak sini sikit." Aku hulurkan gelas air teh aku kat Atok. Lepas Atok rasa seteguk, " Lahanat apa minum air teh takde gula. Nasib baik aku tak muntah," maki Atok. Aku sengih-sengih," Kencing manis bai."
Itu cerita lima tahun lepas.
Sekarang aku dalam kereta Barb hendak ke majlis kahwin Tom. Dekat hotel mana entah aku pun sudah lupa. Last sekali aku jumpa Atok dua minggu lepas. Kat rumah dia. Atok sekarang ahli fikir dunia yang amat penting. Kerja dengan UN, kejap-kejap sahaja dia balik Malaysia. Kalau aku ada peluang aku pergi jumpa Atok. Dua minggu lepas, Atok masih bujang. Baru sahaja balik dari Botswana katanya. Batang tubuhnya jelas menunjukkan hidup yang tidak terurus. Rambut masih panjang namun sudah seratus peratus beruban. Lepas salam dan bertanya khabar semua, Atok buka cerita, " Kau ingat lagi tak pasal ancaman dunia yang aku bagitau dulu?." Aku angguk kepala, mana mungkin aku lupa. " Sekarang plan diorang sudah hampir berjaya. Segala tentangan dari tindak balas dunia sudah diorang atasi. Keadaan seimbang yang aku cakap dahulu sikit masa lagi akan musnah. Hidup kita semua akan musnah!." kata Atok. Wajah Atok menggambarkan ketakutan yang dalam sekali. Dia pantas mengeluarkan fail-fail yang menunjukkan kajiannya mengenai 'ancaman' tersebut. Satu patah pun aku tidak faham. "Tiada siapa yang boleh selamatkan kita, kau tahu tak?," Atok separuh menjerit.
Aku hanya mampu memerhati. Atok tidak habis-habis menunjukkan kerta-kertas bertulisan tangan, gambar rajah dan fotograf. Aku hanya pura-pura mengangguk. Atok makin tidak keruan. Apa yang dicakapnya aku sudah tidak mampu nak faham lagi. Lama aku tunggu, Atok bertenang dan duduk di meja belajarnya sambil mengurut dahi sendiri. "Hancur, semua hancur," katanya tanpa henti. Aku bangun dari kerusi," Aku datang ni bagitau kau yang Tom nak kahwin lagi dua minggu. Ni kad jemputan kau." Aku mengeluarkan kad jemputan kahwin Tom dari poket, aku hulur kat Atok. Atok tidak peduli. Perlahan-lahan aku letak kad tersebut atas meja. "Dua minggu lagi, kau dengar tak Atok?" aku bertanya sambil melangkag ke pintu, mahu beransur. Atok mengangguk perlahan.
Betul juga kata Atok. Kita hidup dalam satu status quo yang amat delicate sekali. Untuk memperolehi sesuatu, ada sesuatu yang kita korban kan. Status quo kita semakin lama semakin genting. Adakah Atok punyai masa untuk hadir ke majlis Tom aku pun tidak tahu. Kalau ada masa dan peluang sekali pun, Atok akan datang bersama status quonya, yang aku sendiri tertanya-tanya macam manakah keadaaan kedua-duanya.
VERSI dari Atok dan status quo-nya:
http://fucktard-community.blogspot.com/2011/05/hikayat-tswana.html
jaggal jugak la gua baca benda alah ni. hak
ReplyDelete