Kempunan rokok. Aku sudah sangap yang amat. Lepas aku telefon Barb terus aku cari kedai runcit. Nampak maple aku skip. Kalau tak ada kedai runcit, kedai kopi pun boleh. Lama jugak aku hayun kaki baru jumpa kedai runcit. Masuk kedai runcit aku terus ke kaunter. Tak ade orang jaga kaunter. Mengikut perkiraan aku aku dari situsasi dalam kedai runcit itu aku kira kawasan ni aman. Rilek-rilek je tinggal kedai runcit tak berjaga macam ni. Kalau kat kawasan aku memang budak-budak dah sebat barang-barang. Zaman sekarang sabun mandi lux pun budak sebat. Manusia tak berjenis, termasuk aku ni bukan berkira sangat. Tak lama aku tunggu kat kaunter tu, ade makcik masuk. Nampak kat tangan dia ada bakul sayur. Dari pasar agaknya. Nampak aku je terus die tanye, "Nak rokok ape?"
Aku tunggu makcik tu masuk belakang kaunter. Kasi dia peluang nak sejukkan tubuh dulu. Pastu dia pandang muka aku. "Dunhill dua batang." Pegerakan makcik tu terhenti sekejap. Pastu aku nampak dia tengok aku atas bawah. Buat muka. Aku bajet dia pikir aku ni pakaian je nak smart, (tak ade lah smart mana) tapi beli rokok batang. Lantaklah, aku dalam kemarau ekonomi. Aku tahu, rokok dunhill je orang jual batang. Rokok lain susah sikit. Makcik tu ambil kotak dunhill dalam almari belakang, bukak kotak pastu cabut dua batang kasi pada aku. "Singgit setengah." makcik tu cakap selamba. Gila apa kedai ni, mark-up sampai 25sen sebatang. Skill tawar-menawar aku pun baru level 1, aku pun kasi dua ringgit, baki 50sen. Nasiblah jumpa kedai runcit ni, kalau maple haram nak jual rokok batang.
Aku tunggu Barb betul-betul kat taman permainan kawasan perumahan Jun. Aku duduk mencangkung tepi longkang besar, sambil hisap rokok. Aroma longkang dan asap rokok sungguh harmoni sekali. Gabungan padu antara bahan bukti peradaban dengan asap rokok premium memang sangkut. Aku sedut dalam-dalam. Hembus nipis-nipis. Perfect...
Habis satu batang rokok, Barb tak sampai-sampai lagi. Rokok sebatang lagi aku sepit dengan telinga. Aku tak hisap terus. Tiba-tiba ada orang call henset aku. "Wei lahanat, suruh orang datang amik bagitau la kat mana. Lokasi, lokasi!," suara merdu Barb menghentam gegedang telinga aku, tak sempat bagi salam. "Aku bawak kereta masuk jalan besar baru pikir kau kat mane, lembu betol lah." Aku tersengih sorang-sorang tepi longkang, garu-garu kepala sikit. Lepas aku bagitau lokasi serba sedikit, Barb menghabiskan panggilan dengan frasa "Kau duduk diam-diam, jangan cari bala pulak, lanciauuu..." Intonasi manja-manja sikit. Heh, biasalah kalau tiba-tiba kena buat kerja pagi-pagi hujung minggu ni darah bisa menyirap. Aku tak salahkan Barb, tu pun kira nasib baik dia nak datang amik aku.
Aku nyalakan rokok kedua. Hisap pelan-pelan. Tak sampai separuh aku hisap rokok, Barb dah sampai. Dia berhenti betul-betul depan tempat aku mencangkung. Huh, cermin kereta nak tinted sampai hitam, macam kereta polis. Aku bukak pintu. Nampak Barb, muka buat-buat tak ada reaksi. "Buang la rokok tu dulu, bro", ujar Barb sambil tengok depan. Nak angkut awek lah lepas ni aku berkira. Aku buang rokok yang setengah lagi tak berhisap, masuk kereta Barb. Barb ni kalau bawak kenderaan apa pun mesti nak gaya racer. Dulu-dulu nak tercabut jantung jugak lah naik kereta dengan dia. Sekarang sudah terbiasa. Kadang-kadang kalau aku naik kereta dengan orang lain, rasa macam tak cukup skill pemanduan pulak.
"Yang kau pakai smart nak bagai pagi-pagi ahad ni ada apa hal?", aku tanya Barb. Nak buat pembuka bicara. Pandang aku, seraya Barb angkat jari tengah. "Aku nak datang amik kau tadi aku dah singgah 7e. Aku beli berus gigi dengan ubat gigi siap-siap. Ada dalam dashboard tu. Nak keluar rumah tadi aku dah sambar baju melayu kau dengan songkok sekali dalam almari kau. Aku tak chek lah pulak kau dah iron ke belum, kalau belum iron pun ape pekdah aku nak tolong iron-kan," jawab Barb. Agak keluar topik di situ.
"Lepas ni ni aku singgah toilet public mana-mana, pandai-pandai la kau gi bersiap. Basuh muka tu, macam mat pet dah aku tengok. Nak apa-apa, aku punya toiletry ada kat belakang," sambung Barb. Sumpah aku dah confuse setengah mati. Sungguh aku tak faham. Tengok je muka aku macam mati bini, Barb gertap gigi. "Wei setan tak sedar diri, member kau nak kahwin la hari ni. Dah setengah tahun orang plan, yang kau blur ni berterabur gigi tu kang." Aku tersentap, macam haram macam mana aku boleh lupa! Aku hentak kepala. Aiseh, sepatutnya aku tak singgah rumah Jun semalam. Aku mengeluh panjang. "Barb pasni, tolong singgah bank jap, aku nak withdraw duit ngan beli rokok lah," aku cakap sambil-sambil faham.
Hahaha, dalam ramai-ramai geng kitorang, Tom jugak yang kahwin dulu. Lama menyepi kerja kat negara orang, setengah tahun lepas Tom balik terus khabarkan berita gembira. Rezeki badan. Aku tersengih seorang.
Bukan yang tertinggi... tapi lagi tinggi dari makhluk-makhluk marhain cam lu orang
Tuesday, December 14, 2010
Tuesday, December 7, 2010
Games to play before you die
Tadi gua dok tengok rumet gua surfin internet. Gua tanye la die, "Oi kamben, lu tengok ape." Dia jawab, "Apa panggil2 orang kamben, lu biawak, tengok sendiri la." Gua malas nak bertekak dengan dia. Gua syak kalau gua sambung bertekak dengan dia boleh jadi jadi isu perkauman. Jadi gua pegi usha la kat skirin laptop dia. Rupe2nye die tengah bace artikel '10 video game lu kene main sebelum lu cium tanah'. Gua usha2 ade banyak la game yang wa sudah main macam crysis, diablo, peradaban ala sid myer, street fighter, starcraft ke ape lancau gua da lupa. Pastu wa pikir2 balik, dalam banyak2 game, game ape paling syok skali pernah gua main. Last-last gua buat list gua. List gua kat bawah ni bukan ikut turutan, die ikut suka ati gua je nak letak yang mane satu.
SAIDINA
Gua rase name game ni ade unsur penghinaan kepada sahabat2 nabi, tak gitu? |
Ape? Monopoly? Ape barang main game pakai kasut, topi, pondok tlepon sume. Saidina jugak pilihan hati gua. Yang penting currency dalam saidina die pakai ringgit, bukan pound! Game ni gua main dengan abang, adik, mak, ayah, pakcik ngan makcik pun ikut keluarga. Game ini boleh memupuk semangat ini berniaga dari kecil lagi. Game ini juga mengajar orang-orang melayu jadi ahli perniagaan yang korup dan tak sedar diri. Ade ke member gua jadi banker satu ari, sedap2 je kasi kat member gua sorang lagi 10 ribu pasal mamat tu adik die. Gua syak besar-besar die join BN. Yang penting game ni secara defaultnye xde ending, kalo mase main game ni gua jadi orang kaya, memang gua rasuah la sape2 yang dah papa kedana nak berenti main. Gua kasi pinjam duit sikit, buat modal. "Takpe, pasni kau belanje aku makan cakelat samah," ujar gua dengan baik ati kepada member gua yang dah bankrap. Tapi kalau dah hati memang nak pedajal member gini lah jadinya.
DAM ULAR
Bapak gua cakap kalo landing kat kepale ular, die makan kita pastu die berak balik iku ekor die. Lojik tak? |
Ni lah board game yang paling awal pernah gua main. Bapak gua beli kat hankyu jaya kalau tak silap gua. Memang hepi lah gua, abang gua dengan adik gua mase tuh. Balik rumah straight kitaorang main. Gua bajet-bajet mase tu baru abang gua sorang yang dah sekolah, tapi adik gua jugak yang banyak menang. Gua suka game ni pasal main tak payah fikir strategi. Lu baling je dadu tu, jangan tinggi sangat, nanti ilang, kene potong pemadam nak buat dadu baru. Apa yang gua prasan dam ular ni, walaupun banyak jenis die punya board, ular pun ada yang jenis ganas, ada yang jenis baik tapi kat petak no 99 tu, wajib ade sekor ular nak makan buah kita. Memang lahanat lah sape2 yang reka benda tuh. Tapi kalo lu orang perasaan kat gamba atas tu, kat no 99 die letak tangga. Lagi la sakit ati, cube lu pikir kalo pakai 2 bijik dadu, memang takleh menang lah.
GALAH PANJANG
Ni main siap pakai boot lagi, memang EXTREME!! |
Ni kalo tempat gua name die 'choh'. Kalau ikut bahase setempat agak merujuk kepada aktiviti2 kotor sikit la. Ikut interpretation kepala otak lu sendiri la. Kalau diselidik asal usul menatang ni ade kaitan dengan permainan 'kabadi', suku kaum rumet gua yang biasa main. Gua seumur hidup pun baru 3-4 kali main benda ni. Tapi die punya syok, fuhhh memang budak kampung cam gua naik seh jugak la kalo main. Galah panjang sekarang dah jadi game yang dipertandingkan di peringkat sekolah-sekolah. Memang 4 olimpik lagi, boleh tengok kat tv lah orang main game ni. Gua yakin abang2 negro jugak boleh menang.
Teori gua mengenai evolusi game galah panjang:
Kabadi -> galah panjang -> rugbi sentuh -> ragbi -> american football -> eyeshield21
Ni taktikal team mane tah gua rembat. Gua bajet Mourinho pun tak lukis camni. |
LASTIK
Ni kalo ikut bahasa antarabangsa namanya Cagok Bidah. Sekarang ada pelbagai variasi dah, buat dengan tanduk kerbau pun ada. |
Tak lengkap cuti sekolah gua kalau tak balik rumah nenek gua pastu main lastik burung dengan member-member kampung. Nawaitu nak lastik burung pastu ambil burung tu buat bela ke jual ke. Tapi banyak kali jugak lah burung tu maut kat tangan kitorang. Paling gua tak leh lupa ade sekor member gua lastik tu kene dada burung. Berlubang bai. Mati terus. Pastu kitorang tanam, buat kubur, bace al-fatihah. Minggu depan gua balik rumah nenek gua sekali lagi, member gua ajak gua bace alFatihah sekali lagi kat kubur burung tu. Memang kecik-kecik lagi gua dah tanam nilai-nilai seorang alim ulama dalam diri gua. Tapi kalau tak hebat melastik cam adik gua, tak syok jugak. Macam mane die aim da, sekali kene cermin pajero jiran gua. Pecah jadi berapa gua tak pasti, nasib baik mase tu pajero tu tengah parking. Kalo ade orang, gua tak tau nak cakap ape dah. Terpakse mak gua bayar ganti rugi. Hahaha, pastu cagok adik gua tu bapak gua rampas.
Kepelbagaian guna lastik. Senjata pahlawan kelas rakyat. |
LAGA BIJI GETAH
Ni kalau adik-adik nak kenal namenya biji getah. Diperbuat dari pada magnesium alloy. |
Main menatang ni ada musim dia. Biase bila tiba musim getah beranak, gua dengan kawan kawan gua gi cari dekat kebun getah, belakang rumah Haji Yajik, bapak Datuk Shukri. Ekceli biji getah ni ade banyak jenis, di bahagikan ikut kelas die. Yang paling power kitorang panggil getah rimau. Die ade kaler kuning-kuning sikit, saiz pun besar sikit. Kulit getah rimau ni paling keras lah dalam banyak-banyak biji getah. Biasenye sorang akan cari sampai berkilo-kilo, tapi main nya tak sampai 10 biji pun. Yang lain tu kitorang simpan, buat pusaka anak-anak. Tapi gua dengar isi dia boleh makan, betol ke?
Salah satu cara laga biji getah. Member gua pernah tukar dengan batu, straight kitorang ban die jadi juru-laga. |
MAIN NYOROK NYOROK
Gila ape nyorok belakang orang yang 'jadi'. |
Bahasa antarabangsa pulak namanya main nusuk. Biasanye orang yang kene mencari ditentukan dengan undian. Cara yang paling popular ialah dengan cara menyanyi lagu Basikal Yati sambil membilang kaki. Kalo lu xpaham memang lu urban lah. Pastu yang jadi 'it' tu kene tutup mata pakai tangan, bilang sifir 5 sampai 100. Habis tu die kene mencari sape2 yang menyorok. Gua suka game ni pasal ia melibatkan kawasan satu kampung. Sape2 yang 'it' tu kene menziarah satu kampung la nak cari ahli-ahli lain. 'It' akan menang bila dia boleh menangkap ahli-ahli lain dengan membongkar tempat persembunyian mereka. Ahli-ahli lain akan menang pabila diorang boleh menyorok dengan jayanya sampai maghrib. Paling lawak ade member gua aritu siap makan nasik dengan mak die kat rumah. Memang keparat ah, abis jiwa gua selongkar kampung cari mamat tu
Cara salah membilang sifir 5 sampai 100. Tangan kat depan, bukan ke belakang. |
Ni pulak bukan aksi 'it' tengah membilang. Ni aksi manje-manje model sambilan. |
Kalo lu bilang sampai seratus tapi pakai sifir 0.5, canilah gaya lu. |
TARIK UPIH
Lu agak-agak, cane budak tu nak tarik abang die pulak lepas ni. |
Gua dengan member-member gua pangil benda ni kereta tarik. Biasenye kalo upih tu upih kelapa boleh muat sampai 3 orang, yang tarik tu pun kene 3-4 orang jugak la. Main bende ni kene amik turn. Tak aci la lu sorang je naik upih tu. Abis kederat jugak bai nak tarik benda ni. Salah satu keburukan game ni lu punya punggung boleh jadi biru jugak la. Dulu gua peminat setia game ni sampai satu mase tu dah takde orang nak tarik kalo wa naik upih. Derang kate gua berat la ape la. Abis tu takkan gua nak jadi driver je manjang. Tros gua isytihar perang dengan upih kelapa, sampai sekarang. Gua tak menyesal.
Lukisan upih ikut imajinasi pelukis. |
Ekceli banyak lagi game gua nak letak, tapi tak syok lah jadi panjang sangat lak entri ni. Kalo gua ade kederat gua buat part 2 pulak.
Saturday, December 4, 2010
My Rant on Ilmu (part 1)
Gua mengaku gua bukanlah baik sangat.... kalau nak kira ikut majoriti masyakarat Malaysia dan India sekalipun gua ni dah kira terjatuh dalam golongan yang marhain-marhain geleng kepala tengok keadaan gua. Tidak kurang jugak yang akan melabel gua sebagai setan, anak setan, manusia tidak kenal untung, golongan yang 'ente-kene-mengucap-balik', lupa dunia, sesat, apa-nak-jadi-dengan-engkau dan berbagai lagi. Gua tidak kesah. Ikut himpunan lapisan dan markam-markam masyarakat dunia, gua rasa diri gua ni layak berada di setiap level ikut pemikiran dan penilaian si pelabel tersebut. Tidak kurang juga yang akan melabel gua sebagai cool, hip, baik, boleh-buat-teladan-bagi-anak-anak, rakyat contoh dan macam-macam lagi (gua syak sikit je yang melabel gua camni). Gua juga mungkin termasuk golongan intermediate. Sumpah, gua tak kisah. Tidak sesekali gua akan keluar ayat macam "you don't know me so don't judge me muthafucka!" dan seumpamanya. Lu orang nak cakap ape pun mesti lu orang ikut pengalaman, ilmu pengetahuan dan nilai masing-masing. Ape pun tahniah sebab lu orang pakai otak. Menilai (judging) orang lain itu sudah tabii manusia. Gua pun manusia jugak. Takkan gua nak kondem spesis sendiri. Itu kufur nikmat namanya. Gua pun tidak tahu kat mana markam gua sebenarnya. Akan tetapi segala apa yang gua buat gua ada yardstick gua sendiri. Gua malas nak cerita pasal nilai apa yang gua pakai untuk yardstick gua tu.
Cuma yang gua tak in sikit dengan golongan yang konon-konon open-minded, rebellious, young-thinkers-that-think-all-old-things-are-obselete, perangai holier than thou dan macam-macam lagi. Gua pun tidak boleh nak describe secara tepatnya golongan-golongan ni. Macam gua cakap kat atas, lu orang nak label gua ape sekalipun gua tak kisah, pasal gua pun tidak boleh nak cakap kat mane diri gua sebenarnya. As long as it concerns your judgment exclusively on me, then it is entirely 100 percent up to you.
Tapi yang putih tetap putih yang hitam tetap hitam.
Dah lebih sepuluh tahun dah fenomena ledakan maklumat bermula secara am-nya kepada rakyat Malaysia. Sejak dari momen itu, kita semua disajikan secara meriahnya dengan pelbagai maklumat yang selama ini kita anggap asing dan sememangya ianya baru buat kita. Ilmu-ilmu dan informasi yang sebelum ini ditapis dan disekat secara telitinya oleh pihak kerajaan, boleh dicapai oleh rakya jelata yang mahu mencari. Ilmu masuk secara pukal dengan berbondon-bondon ke dalam negara Malaysia. Kerajaan tanpa memikirkan situasi jangka panjang, dengan tanpa segan-silu memberi pelbagai insentif dan dorongan kepada yang mahu.
Semakin lama semakin ramai rakyat yang sarat dengan ilmu pengetahuan yang gua yakin kalau zaman P. Ramlee dulu dilabel sebagai haram. Keadaan masyarakat di Malaysia berubah dengan drastik sekali. Orang ramai semakin lama semakin dahagakan ilmu dan informasi. Pengaruh dari luar gua tak nak ceritalah. Kalo dah zaman sebelum internet pun orang dah pesan-pesan kat member atau waris yang tinggal kat oversea macam-macam. Masuk internet memang lagi naiklah demand. Kalau dulu orang fikir nak pesan baju dengan seluar jeans je. Sekarang buku-buku yang diharamkan tulisan Salman Rushdie misalnya, menjadi produk seludupan wajib dari luar negara. Kalau dulu jangan haraplah rakyat Malaysia boleh tonton cerita The Inglorious Basterds, tapi dengan teknologi bittorent, adik gua pun itu hari tertonton dalam laptop gua. Lu nak bace The Gospel of Judas? Lu sudah ade sumber, pandai-pandailah lu cari.
Mussabab oleh pekara-pekara yang gua terang sedikit sebanyak kat atas tu, wujudlah golongan yang gua tak berapa in ni. Mudah cerita, golongan yang mahukan perubahan pada negara Malaysia yang pada dasar fikiran gua amat tidak lojik sekali. Ada yang gua label sebagai ekstrimis (yeah, it applies to you to!) mereka secara terbukanya invoke hal-hal sensitif seperti mengenai agama di Malaysia. Yang buat gua meluat, Muslim sendiri bhai! Mana gua nak letak muka, lutut, lengan, perut, bulu kaki semua? Ada yang mengaku Muslim, tetapi menuduh Nabi Muhammad saw sebagai seorang leader yang backward thinking sifatnya. Kepala abah lu! Ni yang gua cerita ni yang golongan ekstrimis la bagi gua. Ini memang secara terang-terangan, dan ini memang kalau gua cop muka dengan tapak kaki orang ramai pun sokong gua.
Tapi yang susahnya, golongan yang amat subtle sekali memperjuangkan idealogi yang sama. Mereka ini biasanya daripada orang-orang seni seperti penggiat filem, anak-anak teater, sang-sang penyair, wira-wira pena. Kalau gua nak cerita bagaimana pengaruh itu boleh sampai kepada mereka-mereka tersebut, letih jugak gua nak menaip. Gua pun rasa lu orang boleh fikir sendiri bagaimana kaitan seni dengan gerakan tidak lojik tu. Kalau lu takat baca buku-buku Harry Porter dengan tonton Trilogi Twilight tu susah sikit nak sampai. Tapi gua yakin, biar lambat, InsyaAllah selamat sampai.
Terus terang gua cakap, gua ini anti Yasmin Ahmad punya filem. Kalau arwah punya iklan gua enjoy je. Tapi kalau filem die tu gua amat tidak in sekali. Petik kata-kata member gua yang merujuk kepada filem-filem arwah, "kalau takat nak tengok gambar lalang bergoyang baik aku duduk tepi jalan." Gila apa selang lima saat sekali baru ada dialog. Iyelah, orang lain pun buat filem jugak. Tapi kalau ada ulama' tegur tu, mereka tidak tegur saja-saja. Ada dalil dan nas yang jelas. Tapi arwah dengan lantang menuduh alim ulama' tidak cukup ilmu, lepas tu suruh mereka pergi bace kitab sekian-sekian, bab sekian-sekian. Nampak sangat yang arwah ini ada udang di sebalik batu semasa bikin filem. Filem-filem arahan arwah amat sinis. Kalau gua open benda ni kat meja makan, ayat-ayat biasa yang gua dengar :
i) Lu ni tak open minded la mat. Bukak sikit minda tu.
ii) Orang Malaysia tidak ready lagi untuk filem-filem begitu.
iii) Yasmin nak ajak orang melayu berfikir sebenarnya.
iv) Alahai, tu cerita je pun. (Ni lah yang paling gua nak tajak perut sekali.)
Last sekali gua diam je la. Ye lah, gua pun ilmu tidak cukup. Tapi gua tahu buruk baik. Kalau gua nak bercakap pasal satu-satu hal, gua kaji dulu cukup-cukup. Gua tidak amik pihak secara buta. Tapi agak-agak gua, gua sudah ajak dia orang berfikir banyak kali jugak lah.
Gua rasa nak berhenti dulu menaip. Kalau gua tulias panjang-panjang pn lu orang cemuh jugak. Kalo gua rajin gua sambung la. Gua malas la nak tulis entry serius camni kat blog ekceli.

Subscribe to:
Posts (Atom)