Kali ini gua nak tulis entri yang agak peribadi sikit. Gua nak tulis pasal bola atau nama penuhnya bola sepak. Jadi mula-mula sikit gua bangkit asal. Gua orang Kelantan. Bukan orang asal Kelantan tapi gua memang orang Kelantan. Tengok nama penuh gua pun lu orang dah tahu gua orang Kelantan. Lebih tepat orang Kota Bharu. Mak gua orang KB, bapak gua pun orang KB jugak. Rumah gua pun letaknya di KB. Datuk nenek gua pun orang Kelantan jugak. Tapi ada seorang moyang gua yang nama Raja Sulaiman tu orang Perak. Tapi bapak gua cakap dia keturunan orang Kelantan yang lari ke Perak pasal pada tahun 1883, gunung merapi Krakatoa meletup kat Indonesia sana. Punya lah dasyat dia meletup, dia punya silau boleh sampai ke semenanjung Tanah Melayu. Jadi nenek moyang gua ingat masa tu dunia dah nak kiamat. Jadi ramai kerabat-kerabat diraja masa itu amik kesempatan naik bot lari dari malapetaka. Tapi sampai Perak je. Yang tu gua tak berani komen. Gua nak cakap gua orang Kelantan tulen dan gunung merapi Krakatoa tu ada main peranan dalam kewujudan gua atas muka bumi ini.
Bila buat persamaan Kelantan + Bolasepak maka kita akan dapat hasil iaitu penyokong bolasepak Kelantan. Tapi persamaan tu tidak seimbang lagi. Kena tambah beberapa unsur baru seimbang. Biasanya orang akan letak mercun dan jugak keganasan penyokong bolasepak Kelantan. Yang boleh tahan popular pula, baling botol, bakar van polis, player kasi flying kick kat refree dan sebagaiya.Yang tu gua tak salahkan siapa-siapa. Gua akui yang unsur-unsur tu semua benar. Tidak tipu punya. Jadi dengan sedikit bantuan daripada media Malaysia yang sememangnya ada busuk hati kat negeri gua, orang-orang kebanyakan kat Malaysia terus pandang serong pada bolasepak Kelantan. Yang ini pun gua tak salahkan siapa-siapa. Dah memang betul cerita yang depa kasi. Gua telan lah walaupun pahit, perghhh. Tapi gua tidak malu dan tidak akan minta maaf kat sesiapa pasal benda-benda tu. Gua bangga dengan identiti gua sebagai orang Kelantan dan penyokong bolasepak negeri gua.
Bila timbul kes mercun masa perlawanan bolasepak Kelantan, ramailah yang akan kasi idea bernas. Yang paling popular gua dengar ialah, "Lu tengok supporter team-team BPL kat England sana. Mana ada baling mercun." Chait. Pastu lu tak tengok pulak supporter team-team Serie-A. Rilek-rilek je bakar flare dengan pasang mercun dalam stadium. Setahu gua team Serie-A lagi paling banyak menang piala Juara-juara Eropah. Gua ingat lagi masa Juventus menang scudeto kali ke-29, bawah kelolaan Don Fabio Capello. Sebaik sahaja referee tiup wisel penamat, terus penyokong lari masuk ke padang. Separuh bogel Patrick Vieira pasal kena tarik jersey beb. Lu pernah tengok stadium San Siro? Berapa tinggi dia punya pagar kat kawasan penyokong? Gua rasalah, penyokong-penyokong pasukan liga Malaysia yang lain dengki pasal lu orang tidak ada bekalan mercun yang terus menerus macam kita orang. Ini semua pasal kilang mercun kat Sungai Buloh terbakar pada 1992 kalau tak salah gua. Kemalangan paling kejam yang pernah gua tengok kat Malaysia. Kelantan pula dapat bekalan mercun dari negara jiran, tak putus beb.
Kes paling terbaru ialah penyokong T-team yang luka-luka kat kepala pasal kena baling batu dengan penyokong Kelantan. Kesian jugak gua tengok. Apa-apa pun gua nak wakilkan penyokong Kelantan yang lain mintak maaf banyak-banyak. Tapi gua yakin mesti ada penyokong Terengganu yang baling batu kat kita orang jugak. Nasib baik kita orang la tak ada batu yang landing kat kepala macam mangsa tu. Lu orang nak cakap apa. Orang Terengganu pun bengis jugak. Dah negeri sebelah-sebelah. Bercakap pun pakai nahu yang sama. Ejaan sahaja yang lain. Tapi nasib lah. Kalau tangan tu maja, gua tidak boleh cakap. Dua tiga tahun lepas kes baling botol plastik. Penyokong Terengganu jugak yang malang. Orang Kelantan terlepas tanpa kecederaan. Terus Harin Metro chop kita orang 'Penyokong Setan'. Haih... media-media.
Ni gua nak tulis pasal kes bakar van polis. Paling syok gua rasa. Sebenarnya gua pergi tengok kat stadium perlawanan Kelantan lawan Negeri Sembilan tu. Tapi gua tak sempat nak tengok van polis terbakar. Gua keluar awal. Seingat gua, gua double-park kereta seorang hamba Allah. Jadi habis je match gua cepat-cepat blah dengan member gua. Pekena roti canai banjir kat depan USM. Jauh jugak dari stadium tapi tu belakang kira. Balik ke topik van polis. Kalau lu orang baca surat khabar ke tengok berita ke pasal bakar van polis mesti lu orang dah brand kitaorang macam-macam. Tapi lu orang tahu ke tidak yang van polis tu van dari era penjajah Jepun lagi? Uzur tunggu nak timbang kat kedai besi karat je. Media pula tidak habis-habis nak cerita pasal orang Kelantan tidak tahu menghormati undang-undang. Tapi diaorang tak cerita pulak yang sebelum bakar van tu ada seorang polis yang memukul budak kecik kat situ sebab salah faham. Mana orang ramai tak terbakar. Mana van polis tak terbakar? Pastu dok cerita lagi pasal lepas perlawanan tu, penjaga gol Kelantan, Halim Napi kasi flying kick kat Dzaquan Adha. Tapi tak cerita pulak yang masa match mamat kembar tu gi provoke kitaorang, siap siap depa-depa tangan ke arah penyokong Kelantan lagi. Sportmanship dari seorang pemain kebangsaan.
Sejarah hitam dalam bolasepak Malaysia lagi lagi bolasepak Kelantan apabila salah seorang daripada kitaorang terbunuh selepas menyaksikan perlawanan suku akhir di stadium Shah Alam. Salah satu versi yang gua dapat adalah arwah Che Karma tersilap keluar melalui pintu yang dikhaskan oleh penyokong tuan rumah. Tup-tup ..... innalillah. Tapi penyokong Kelantan jugak yang kena bom dengan media. This is ludicrous!! Salah seorang daripada kami yang terkorban tapi kami jugak yang dipersalahkan. Otak letak kat mana? Tidak ada pun wakil daripada pasukan tuan rumah yang meminta maaf. Yang sebelum itu dok hebah-hebah nak bawak 3 biji bas ke Stadium Sultan Muhammad Keempat, tapi selepas kes tu, terus cancel trip. Tak ade telur ke apa? Media tanpa simpati kat keluarga si mati terus menerus membantai penyokong Kelantan. Pihak-pihak yang tidak terlibat buat-buat tidak nampak sahaja. Tidak kurang orang Selangor yang seolah-olah bangga dengan kemalangan tersebut.
Yang berkokok dok condemn penyokong Kelantan ganas, tidak bertamadun tu ibara anjing menyalak bukit je gua rasa. Tidak ada seorang pun yang setia menjejakkan kaki ke stadium menyokong pasukan sendiri. Mereka lebih suka menyokong pasukan dari eropah melalui TV sahaja. Yang tidak pernah merasa parking kereta setengah batu dari stadium selepas itu menghayun kaki sendiri demi menyokong pasukan masing-masing. Yang lebih suka mengagungkan pasukan barat daripada negara sendiri. Tiada identiti. Tidak pernah rasa suasana di stadium melihat pemain-pemain bermain separuh mati. Hendak cakap pasal pengalaman gua sendiri, gua pernah beli 22 keping tiket match Selangor vs Kelantan kat stadium Shah Alam. Gua bukan ulat, tapi kawan-kawan gua ngan adik gua yang pesan. Dalam 22 tiket tu, 20 keping tiket penyokong Kelantan yang pesan. Iba bawak kereta dekat satu jam walaupun rumah gua kat seksyen U8 pastu stadium tu kat seksyen 13. Masuk-masuk stadium dah dekat 30minit match jalan. Seat-seat stadium dah bertaburan kat balapan tepi padang. Penyokong Selangor sendiri yang cabut pastu baling. Penyokong Kelantan mana pernah jumpa seat plastik, seat batu adalah. Tapi surat khabar esoknya dok cerita yang penyokong Kelantan yang cabut dan baling seat. Kalau tak percaya, tanya Barb.
Gua bukan hendak sokong perangai ganas penyokong-penyokong Kelantan. Ini cuma satu perspektif. Dari gua. Tuan Guru Nik Aziz dah berkali kali pesan kat kitaorang, suruh jaga kelakuan di negeri orang. Bukan kitaorang tidak jaga tatatertib. Tapi dalam pepatah Kelantan ada sebut, "Rima tido jange dok gerok", ye dok?