Saturday, December 4, 2010

My Rant on Ilmu (part 1)

Gua mengaku gua bukanlah baik sangat.... kalau nak kira ikut majoriti masyakarat Malaysia dan India sekalipun gua ni dah kira terjatuh dalam golongan yang marhain-marhain geleng kepala tengok keadaan gua. Tidak kurang jugak yang akan melabel gua sebagai setan, anak setan, manusia tidak kenal untung, golongan yang 'ente-kene-mengucap-balik', lupa dunia, sesat, apa-nak-jadi-dengan-engkau dan berbagai lagi. Gua tidak kesah. Ikut himpunan lapisan dan markam-markam masyarakat dunia, gua rasa diri gua ni layak berada di setiap level ikut pemikiran dan penilaian si pelabel tersebut. Tidak kurang juga yang akan melabel gua sebagai cool, hip, baik, boleh-buat-teladan-bagi-anak-anak, rakyat contoh dan macam-macam lagi (gua syak sikit je yang melabel gua camni). Gua juga mungkin termasuk golongan intermediate. Sumpah, gua tak kisah. Tidak sesekali gua akan keluar ayat macam "you don't know me so don't judge me muthafucka!" dan seumpamanya. Lu orang nak cakap ape pun mesti lu orang ikut pengalaman, ilmu pengetahuan dan nilai masing-masing. Ape pun tahniah sebab lu orang pakai otak. Menilai (judging) orang lain itu sudah tabii manusia. Gua pun manusia jugak. Takkan gua nak kondem spesis sendiri. Itu kufur nikmat namanya. Gua pun tidak tahu kat mana markam gua sebenarnya. Akan tetapi segala apa yang gua buat gua ada yardstick gua sendiri. Gua malas nak cerita pasal nilai apa yang gua pakai untuk yardstick gua tu.

Cuma yang gua tak in sikit dengan golongan yang konon-konon open-minded, rebellious, young-thinkers-that-think-all-old-things-are-obselete, perangai holier than thou dan macam-macam lagi. Gua pun tidak boleh nak describe secara tepatnya golongan-golongan ni. Macam gua cakap kat atas, lu orang nak label gua ape sekalipun gua tak kisah, pasal gua pun tidak boleh nak cakap kat mane diri gua sebenarnya. As long as it concerns your judgment exclusively on me, then it is entirely 100 percent up to you.

Tapi yang putih tetap putih yang hitam tetap hitam.

Dah lebih sepuluh tahun dah fenomena ledakan maklumat bermula secara am-nya kepada rakyat Malaysia. Sejak dari momen itu, kita semua disajikan secara meriahnya dengan pelbagai maklumat yang selama ini kita anggap asing dan sememangya ianya baru buat kita. Ilmu-ilmu dan informasi yang sebelum ini ditapis dan disekat secara telitinya oleh pihak kerajaan, boleh dicapai oleh rakya jelata yang mahu mencari. Ilmu masuk secara pukal dengan berbondon-bondon ke dalam negara Malaysia. Kerajaan tanpa memikirkan situasi jangka panjang, dengan tanpa segan-silu memberi pelbagai insentif dan dorongan kepada yang mahu.

Semakin lama semakin ramai rakyat yang sarat dengan ilmu pengetahuan yang gua yakin kalau zaman P. Ramlee dulu dilabel sebagai haram. Keadaan masyarakat di Malaysia berubah dengan drastik sekali. Orang ramai semakin lama semakin dahagakan ilmu dan informasi. Pengaruh dari luar gua tak nak ceritalah. Kalo dah zaman sebelum internet pun orang dah pesan-pesan kat member atau waris yang tinggal kat oversea macam-macam. Masuk internet memang lagi naiklah demand. Kalau dulu orang fikir nak pesan baju dengan seluar jeans je. Sekarang buku-buku yang diharamkan tulisan Salman Rushdie misalnya, menjadi produk seludupan wajib dari luar negara. Kalau dulu jangan haraplah rakyat Malaysia boleh tonton cerita The Inglorious Basterds, tapi dengan teknologi bittorent, adik gua pun itu hari tertonton dalam laptop gua. Lu nak bace The Gospel of Judas? Lu sudah ade sumber, pandai-pandailah lu cari.

Mussabab oleh pekara-pekara yang gua terang sedikit sebanyak kat atas tu, wujudlah golongan yang gua tak berapa in ni. Mudah cerita, golongan yang mahukan perubahan pada negara Malaysia yang pada dasar fikiran gua amat tidak lojik sekali. Ada yang gua label sebagai ekstrimis (yeah, it applies to you to!) mereka secara terbukanya invoke hal-hal sensitif seperti mengenai agama di Malaysia. Yang buat gua meluat, Muslim sendiri bhai! Mana gua nak letak muka, lutut, lengan, perut, bulu kaki semua? Ada yang mengaku Muslim, tetapi menuduh Nabi Muhammad saw sebagai seorang leader yang  backward thinking sifatnya. Kepala abah lu! Ni yang gua cerita ni yang golongan ekstrimis la bagi gua. Ini memang secara terang-terangan, dan ini memang kalau gua cop muka dengan tapak kaki orang ramai pun sokong gua.

Tapi yang susahnya, golongan yang amat subtle sekali memperjuangkan idealogi yang sama. Mereka ini biasanya daripada orang-orang seni seperti penggiat filem, anak-anak teater, sang-sang penyair, wira-wira pena. Kalau gua nak cerita bagaimana pengaruh itu boleh sampai kepada mereka-mereka tersebut, letih jugak gua nak menaip. Gua pun rasa lu orang boleh fikir sendiri bagaimana kaitan seni dengan gerakan tidak lojik tu. Kalau lu takat baca buku-buku Harry Porter dengan tonton Trilogi Twilight tu susah sikit nak sampai. Tapi gua yakin, biar lambat, InsyaAllah selamat sampai.

Terus terang gua cakap, gua ini anti Yasmin Ahmad punya filem. Kalau arwah punya iklan gua enjoy je. Tapi kalau filem die tu gua amat tidak in sekali. Petik kata-kata member gua yang merujuk kepada filem-filem arwah, "kalau takat nak tengok gambar lalang bergoyang baik aku duduk tepi jalan." Gila apa selang lima saat sekali baru ada dialog. Iyelah, orang lain pun buat filem jugak. Tapi kalau ada ulama' tegur tu, mereka tidak tegur saja-saja. Ada dalil dan nas yang jelas. Tapi arwah dengan lantang menuduh alim ulama' tidak cukup ilmu, lepas tu suruh mereka pergi bace kitab sekian-sekian, bab sekian-sekian. Nampak sangat yang arwah ini ada udang di sebalik batu semasa bikin filem. Filem-filem arahan arwah amat sinis. Kalau gua  open benda ni kat meja makan, ayat-ayat biasa yang gua dengar :
i) Lu ni tak open minded la mat. Bukak sikit minda tu.
ii) Orang Malaysia tidak ready lagi untuk filem-filem begitu.
iii) Yasmin nak ajak orang melayu berfikir sebenarnya.
iv) Alahai, tu cerita je pun. (Ni lah yang paling gua nak tajak perut sekali.) 
Last sekali gua diam je la. Ye lah, gua pun ilmu tidak cukup. Tapi gua tahu buruk baik. Kalau gua nak bercakap pasal satu-satu hal, gua kaji dulu cukup-cukup. Gua tidak amik pihak secara buta. Tapi agak-agak gua, gua sudah ajak dia orang berfikir banyak kali jugak lah. 

Gua rasa nak berhenti dulu menaip. Kalau gua tulias panjang-panjang pn lu orang cemuh jugak. Kalo gua rajin gua sambung la. Gua malas la nak tulis entry serius camni kat blog ekceli.

Tuesday, November 30, 2010

Janggal

         Pagi hari itu aku bangun awal sikit. Pandang kiri kanan, bilik ini nampak familiar tapi yang pasti aku terjaga bukan dalam bilik aku. Aku pandang atas bawah.... alarm clock hujung katil. Nampak jenama seakan mahal. Pukul 1045 pagi. "Ni bukan sikit punya awal," bisik aku. Terasa tekak amat kering sekali.

Lain benar rasa pagi ini Bilik ni macam bertambah luas. Aku terus bangun. Aku perasaan yang bilik ini sudah ada kejanggalannya.... bagi aku. Seolah-olah tidak berpenghuni. Amat kemas sekali. Tidak macam biasa, lain daripada lawatan-lawatan aku selama ni. Yang berselerak cuma baju dan seluar yang aku pakai semalam. Aku kutip pakaian dan bersiap. Ada palitan kicap kat baju biru aku. Bila masa kena kicap aku pun dah lupa.

Keluar dari bilik aku dah nampak Jun sedang menghirup kopi. Bau kopi mencucuk hidup. Agaknya mahu membuang sisa-sisa dari semalam yang tidak pernah jadi masalah bagi aku. Tapi aku nampak kopinya bukan dalam mug besar kegemarannya. Pagi itu kopi Jun dalam mug yang aku tak pernah nampak sebelum ini. Tapi dari bau kopi aku pasti dia sedang minum kopi kebiasaannya.

Jun jeling aku dari hujung matanya. Cepat-cepat dia hirup kopinya. Aku perlahan-lahan menghampiri Jun. Matanya tertumpu pada tv di depan, tapi tidak terpasang. Sedar akan kelakuan bodohnya itu, Jun cepat-cepat alihkan pandangan. Jarinya bermain-main dengan suduh teh dalam mug yang aku sendiri sangsi akan asal-usulnya. Aku endah tak endah. Aku masih berdiri di hadapan Jun, buat-buat menguap.

Seakan-akan terpaksa, dia hirup kopi sekali lagi. Kali ini agak lama. Aku masih diam.

"Lepas ni awak tak payahlah datang lagi," katanya. Sambil menghirup kopi. Matanya tertumpu pada kopi dalam mug. Tanpa memandang aku.

"Henset saya kat mane ek...?," aku bertanya dengan cepat. Dengan isyarat anak mata sahaja Jun tunjuk yang henset aku di sebelh tv. Aku angkat tangan kanan tanda faham. Sebenarnya aku sudah tahu kat mana letaknya henset ni.

Aku bukak pintu, pakai kasut dan keluar selamba. Silau kena cahaya matahari, aku gosok mata sekaligus buang tahik mata. Seluk poket dan keluarkan kotak rokok. Rokok winston... kegemaran semasa hujung bulan. Cek-cek... kotak rokok kosong.

Aku keluarkan henset. Cari nama Barb. "Wey tolong datang amik aku sekarang. Aku takde ride lah beb".

Sunday, November 28, 2010

Aku rasa akulah makhluk paling trendy kat bumi ni

Bak kate Tom @ KOF ,"Trend do...".
"Tu sume kerja-kerja golongan fasis," ujar aku berpandukan ilmu yang penuh di dada.
.
.
.
2-3 hari pastu, tiba-tiba aku dengan magik-nya ade blog.
Ahhh akhirnya usaha aku untuk mempertahankan akidah selama ini nyata gagal. Golongan-golongan fasis nampaknya enggan membiarkan aku sendiri. Kata mereka ,"Kamu adalah The Chosen One untuk golongan kami yang keji lagi basi ni. Sudah takdir... nak buat cane lagi." Aku pura-pura pasrah, tapi plot-plot sinister semakin berbunga.

"Cantik...," ujar Tom. "Boleh Gua sambung projek...."